Tuesday, April 21, 2009

Hari bersejarah

Pada 22hb April 2009, bermula langkah kaki untuk menghadapi peperiksaan. Hari ini adalah peperiksaan saya yang pertama untuk semester ini (sesi 2008/2009). Strategic Management atau dalam Bahasa melayunya pengurusan strategik. Bagus juga subjek ni, banyak benda yang saya pelajari bukan sahaja untuk pengurusan organisasi, mengenalpasti SWOT analisis, juga diajar bagaimana mengurus syarikat mengikut perancangan.

Berbalik kepada exam tadi, ari ini adalah hari bersejarah buat saya kerana pertama kalinya juga kami belajar dalam kumpulan saya sahaja seorang srikandi yang lainya pahlawan yang segak dan bergaya. Mula-mula segan juga, tapi betulkan niat, niat menuntut ilmu kerana Allah. Kalau kita ingin berjaya kita kena ada usaha.

Fokus pada exam, buat yang terbaik untuk diri zai. Jadikan pengalaman yang lepas sebagai pengajaran untuk hari ini. Kejayaan berada di tangan anda. Ingat ibu dan ayah yang sentiasa menenti di rumah. Capai apa yang diimpikan. Doakan kejayaan bersama. Menuju keredhaan Allah untuk mencapai SYURGA. Yes..!! I can do it.

No comments: