Monday, November 3, 2008

Selamat menduduki exam semua kengkawan...

Assalamualaikum....w.b.t.. Salam Ukhuwahfillah dan salam Jihad Exam

Selamat menduduki exam semua. Buat yang terbaik untuk diri, ibubapa, keluarga, masyarakat, dan agama yang paling penting buat kerana Allah. "Do the best among the best". Yakinkan diri bahawa tiada perkara yang mustahil dalam dunia. Tiada cita-cita yang tidak boleh dicapai dalam bahasa inggeris pula nothing is posibble. Dalam kita menuntut ilmu, kena disertakan niat belajar kerana apa... Saranan biarlah kita menuntut ilmu kerana ALlah, bermatlamat yang jelas dan mudah dicapai.

Pesanan pada semua, capai apa yang diimpikan semoga apa yang dihajati akan terlaksana kerana mengikut kehendak dengan usaha kita mampu melakukannya.

Tips Ringkas menduduki exam....:

Sebelum Exam.. Kenalah cover semua subjek yang keluar. Kenalpasti tajuk yang akan masuk exam. Fokus pada yang penting sahaja digalakkan untuk mengetahui secara keseluruhan topik yang dipelajari. Dapatkan tips daripada pensyarah, buat study group atau perbincangan dalam kumpulan, buat nota seringkas mungkin dan mudah difahami. Selain itu juga, jaga pemakanan, jaga solat, dan yang paling penting jaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Berkat dalam kita menuntut ilmu amat mempengaruhi tindakan kita apabila exam.

Semasa Exam.. Dimulakan dengan mengerjakan solat, Qiam, Solat subuh, Solat dhuha dan solat hajat di waktu dhuda, tidak lupa juga ambil sarapan sekadar mengalas perut. Perjalanan ke dewan peperiksaan diiringi dengan zikir dan doa. Duduk di hadapan kertas soalan, Baca "bismillaharrahmanarrahim" selawat, doa untuk dipermudahkan untuk menjawab kelak. Diakhiri dengan tasmik, "sadaqaulahu azim"

Selepas Exam.. Tawakal kepada ALlah, kita sudah usaha, kita sudah lakukan yang terbaik dan yakin ALlah akan bantu. Solat hajat digalakkan dilakukan selepas solat fardhu. Mohon kepada ALlah agar diberikan keputusan yang baik.

Sebagai tambahan...

Amalkan prinsip ini dalam kehidupan.

"DUIT"
Sentiasalah berdoa, diiringi dengan usaha, kemudian kena beriktihar barulah bertawakkal kepada Allah kerana Dia yang menentukan kejayaan yang bakal kita terima.

D = Doa, U = Usaha, I = Ikhtihar, dan T = Tawakal

Moga-moga perkongsian ringkas di atas dapat memberikan kita satu semangat sebelum menghadapi exam. Ditujukan khas buat sahabat-sahabat yang menduduki exam hari ini dan mereka yang telah menduduki exam semalam dan yang pada mereka yang akan menduduki exam esok, lusa dan seterusnya.