Tuesday, September 23, 2008

Exam semakin hampir.....

Kini aku berada di tahun ketiga... Tapi pointer masih ditampuk yang lama. Cam mana nak score sem ni..? Bagaimanalah aku apabila berhadapan dengan kertas soalan nanti. Adakah aku sudah bersedia menghadapinya..? Atau aku masih main-main selama menanti kedatangan final exam yang tidak lama lagi.

Sibuk memanjang nampak. Blog pun memanti... Assignment pun mengejar juga.. Di tambah lagi dengan berpersatuan. Tidak penat ka ni...? Itulah diantara persoalan-persoalan yang sering bermain difikiran setiap saat setiap detik nafas ku. Namun ku gagahkan hati untuk menghadapi semua itu. Adakah ini lahir daripada diri aku sendiri atau hanya untuk menyedapkan hati supaya tidak risau dengan exam kali ini.

Mana semangat ku untuk belajar...? Kemana hilangnya kata-kata semangat yang sering membantu ku dalam melalui setiap perjalanan hidup semasa ku menuntut di universiti. Baiklah, akan ku cuba untuk mengatasi segala sikap malas, jauhkan daripada melakukan perkara sia-sia, cuba untuk melakukan yang terbaik untuk diri.

Tapi ingatlah, janji Allah itu pasti.





No comments: