Tuesday, March 17, 2009

Pelajar hafal 30 juzuk dapat 13A1
Zuharman MN
Tue | Mar 17, 09 | 3:48:37 pm MYT

PASIR PUTEH, 17 Mac (Hrkh) - Seorang lagi pelajar sekolah agama membuat kejutan apabila mendapat 13A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Iklan

Dan lebih membanggakan lagi apabila pelajar tersebut merupakan seorang hafizah yang berjaya menghafal 30 juzuk al Quran.

Nusaibah Sallehuddin merupakan pelajar Maahad Al Manar sebuah sekolah hafiz persendirian beroperasi di Kampung Bukit Akar, Selising dekat sini.

Sekolah agama tersebut juga mencatat kelulusan 100 peratus. Dan lebih membanggakan lagi apabila sebahagian besar pelajarnya yang menduduki SPM tahun lepas berjaya menghafal 30 juzuk.

Pengetuanya, Ustaz Yaakob Wan Harun berkata, biar pun sekolah itu kedudukannya agak terpencil namun pencapaian dalam akademik tetap cemerlang.

"Keseluruhan pelajar mendapat markah tinggi dalam mata pelajaran Agama, Arab dan akademik," katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya kejayaan tersebut mencapai matlamat sekolah terbabit untuk melahirkan pelajar cemerlang yang mempunyai asas agama.

Kata beliau sejak pertama kali mengambil peperiksaan SPM empat tahun lepas pencapaiannya kekal 100 peratus.

Sementara itu, Nusaibah berkata, komitmen guru merupakan penyumbang utama kepada kejayaannya.

"Saya amat bersyukur, kejayaan ini sekurang-kurangnya menepati matlamat untuk menjana generasi intelektual Islam," katanya.

Beliau berasal dari Melor mula menuntut di Maahad Al Manar pada 2003 telah berjaya menghafal 30 juz al-Quran.

Maahad terbabit kini mempunyai seramai 150 pelajar termasuk dari luar negara antaranya Filipina, Indonesia, China dan Kemboja.

Yaakob berkata, ramai bekas pelajar maahad itu kini menuntut di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. - mj

7 comments:

Ahmad Aminuddin Mohamed said...

Salam.
Agaknya apalah yg dia amalkan sampai dapat hafal+study cemerlang plak ek?. Tp yg pastinya beliau tak malas kan?

fawi said...

kenapa tak siar dlm harakah

NurSyahadah said...

maf kpd kengkewan yg bg komen..
tk perasan..
maklum le blog tk popular...
apa pn trm ksh krn sudi bg komen

NurSyahadah said...

wsalam..
along, tidak mustahil budak pandai cm tu boleh capai kejayaan kerana tidak malas..

Tapi mungkin ada sebab lain.
Kebergantungan dengan Allah adalah faktor utama kejayaan..

Btl tk..?

NurSyahadah said...

kepada FAWI..
apa yang tak siar dalam harakah..?
Post ni ke..?
Mohon respon..

L u Q m a n said...

siapakah anda? anda manarianz?

NurSyahadah said...

LuQman, kwn2 dr UMS