Sunday, May 3, 2009

Insuran

INSURANS HAYAT & PERUNTUKAN KONTRAK INSURANS HAYAT

° Pengenalan insurans hayat & kepentingannya.
° Pengkelasan insurans hayat - individu, kelompok dan perkhidmatan rumah ke rumah.
° Produk insurans hayat individu - a) produk konvensional (insurans sementara, endowment & insurans seumur hayat), variasi polisi asas, manfaat tambahan, pengubahsuaian dalam polisi insurans seumur hayat & bonus; b) produk berkaitan pelaburan.

PERUNTUKAN KONTRAK INSURANS HAYAT, ANUITI & TAKAFUL

° Pemilikan polisi.
° Peruntukan umum polisi insurans hayat - tempoh tenggang, pengembalian semula polisi, fasal tidak boleh tanding, fasal kontrak menyeluruh, peruntukan salahnyataan umur & jantina, peruntukan lebihan & fasal bunuh diri. Opsyen pilihan - opsyen dividen, opsyen tak lucut hak, opsyen pinjaman, opsyen penyelesaian, opsyen penepian premium & opsyen indemniti berganda.
° Apa itu anuiti? Pembentukan kontrak dan operasi anuiti. Pengkelasan anuiti. ° Pengenalan dan prinsip takaful. Jenis takaful - takaful keluarga & takaful am.


INSURANS KESIHATAN & JAMINAN SOSIAL

° Peningkatan kos penjagaan kesihatan. Peruntukan kontrak.
° Jenis perlindungan insurans kesihatan - insurans perubatan asas, insurans perubatan utama, insurans hilang pendapatan (akibat hilangupaya) & insurans penjagaan kesihatan jangka panjang.
° Produk insurans kesihatan yang lain - perlindungan keselamatan sosial. Pengeluar produk insurans kesihatan - swasta & kerajaan. Skim pencen kakitangan kerajaan Malaysia.


INSURANS MOTOR

° Kontrak insurans motor. Premium.
° Undang-undang yang berkaiatn dengan insurans motor.
° Perlindungan insurans motor. Jenis & kegunaan kenderaan. Jenis perlindungan - polisi komprehensif, polisi akta & polisi pihak ketiga.
° Fasal diskaun tanpa tuntutan.

INSURANS HARTA & LIABILITI

° Elemen kontrak insurans harta. Insurans empunya rumah. Insurans marin. Insurans kebakaran. Insurans turutan kebakaran. Insurans barangan dalam perjalanan. Insurans kecurian & pecah masuk.
° Pengenalan insurans liabiliti. Peril liabiliti. Tort atau kesalahan sivil. Elemen kecuaian. Pembelaan dalam saman kecuaian. Doktrin res ipsa loquitor. Jenis insurans liabiliti - individu & perniagaan.